Saturday, August 02, 2008

tips menulis dari azizi ali

Ni saya ambil dari newsletter www.rahsiarajalelong.com

Baca juga post "Tips menjadi penulis yang berjaya" sebelum ini
http://www.perniagaan.net/wshop/viewtopic.php?t=122

---

Seperti yang telah saya janjikan tadi, di dalam ruangan ini saya ingin

berkongsi dengan anda kaedah cepat untuk menghasilkan buku atau ebook.

Maklumat ini telah saya perolehi dengan menyertai seminar

"How to Write a Bestseller in 88 Days" yang telah diberikan oleh

Mentor Jutawan Malaysia iaitu Azizi Ali.



Kaedah yang sama telah digunakan oleh beliau untuk menghasilkan lebih

daripada 30 buah buku dalam masa yang singkat.

Sekiranya anda ingin menghasilkan buku atau ebook (buku elektronik) anda

sendiri nanti, kaedah yang saya kongsikan ini amat wajar untuk anda jadikan

sebagai panduan.



Secara ringkasnya, berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan

buku/ebook anda dengan cepat:



1. Menentukan Tarikh Siap -


Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila ingin memulakan sebuah

buku atau ebook, adalah anda perlu terlebih dahulu menentukan satu tarikh

siap untuknya.



Dalam pada itu, anda perlu menganggarkan berapa lama yang anda perlukan

untuk menyiapkan buku atau ebook tersebut. Anda memerlukan satu target agar

segala usaha anda akan lebih tertumpu ke arah menyiapkan projek tersebut.



Jangkamasa untuk menyiapkan projek tersebut perlu bersesuaian dengan hasil

yang ingin anda keluarkan. Jangkamasa yang sesuai adalah dalam masa 3 bulan

sehingga setahun. Pada saya, jangkamasa satu tahun adalah terlalu lama.

Sebaik-baiknya anda cuba menyiapkannya dalam masa 3 - 6 bulan.



2. Mereka kulit depan dan belakang -


Perkara kedua adalah anda perlu menyiapkan gambaran dan ringkasan

untuk kulit depan dan belakang buku atau ebook anda. Ini akan lebih

memudahkan untuk menghasilkan buku atau ebook anda kerana ringkasan

dan cara persembahan yang anda inginkan telah anda gambarkan terlebih

dahulu. Ia juga merupakan satu cara untuk memotivasikan diri anda untuk

menyiapkan kerja dengan sebaik mungkin kerana anda sudah dapat

menggambarkan hasil akhir usaha anda.



3. Menyenaraikan bab dan tajuk-tajuk kecil -


Langkah seterusnya adalah dengan menghasilkan rangka bab dan

tajuk-tajuk kecil untuk buku anda. Ini akan membolehkan anda untuk

menyusun dan merangka penulisan buku atau ebook anda dengan

lebih baik. Rangka tersebut juga akan bertindak sebagai susunan

idea untuk karya anda. Cara ini hampir sama dengan cara yang telah

diajar kepada kita semasa di sekolah yang mana kita perlu terlebih

dahulu menghasilkan rangka isi supaya kita dapat menghasilkan

penulisan yang lebih teratur dan baik.



4. Mulakan dengan tajuk yang mudah -


Setelah menghasilkan rangka yang lengkap, anda boleh bermula

dengan menulis bab-bab atau tajuk-tajuk yang paling mudah atau

menarik untuk anda. Mulakan penulisan tajuk yang paling anda minati

kerana ini akan memudahkan anda untuk mula berkarya. Ia juga akan

menjadi sumber motivasi dan pemberi tenaga kepada anda untuk

meneruskan kepada tajuk-tajuk yang lain.



5. Teruskan ke tajuk seterusnya -


Setelah menyiapkan satu tajuk daripada buku atau ebook anda,

teruskan kepada tajuk kedua yang anda minati, dan seterusnya tajuk

ketiga yang anda minati. Lakukan usaha ini secara berterusan

sehingga buku atau ebook anda siap ditulis kesemuanya. Tidak perlu

terlalu tekun memilih tajuk seterusnya yang ingin anda tulis. Paling

penting di sini adalah anda seronok menulis bahagian-bahagian di

dalam buku atau ebook anda.



6. Semak intipati tulisan dan tatabahasa -


Apabila sudah habis menulis keseluruhan buku anda, seterusnya

anda perlu melakukan semakan ke atas cara penulisan dan tatabahasa

anda. Pastikan anda menulis dengan cara yang mudah difahami dan

tidak mengandungi kesalahan tatabahasa. Sebaik-baiknya adalah

untuk mendapatkan pertolongan orang lain untuk menyemak hasil

penulisan anda. Pada kebiasaannya, sekiranya kita menyemak

hasil penulisan kita sendiri, seringkali kita akan terlepas pandang

kesalahan dari segi penulisan dan tatabahasa.



7. Mereka format susunan -


Setelah selesai menulis dan menyemak karya anda, perkara

seterusnya yang perlu anda lakukan adalah menghasilkan lay-out

atau susunan penulisan yang akan memudahkan orang lain untuk

membaca karya anda. Ini termasuk pemilihan saiz dan jenis font,

jarak ruang di antara ayat-ayat dan susunan keseluruhan buku atau

ebook tersebut.



8. Menghasilkan buku/ebook -


Karya yang sudah siap ditulis, disemak dan diperkemaskan bolehlah

di hantar untuk diterbitkan oleh mana-mana pihak penerbit buku yang

ada di Malaysia. Sekiranya ianya akan diterbitkan di dalam format

ebook, anda bolehlah menghasilkan fail pdf karya tersebut untuk

dihantar kepada pembeli nanti.



9. Promosi -


Perkara paling utama yang sering dilupakan oleh ramai penulis buku

dan ebook adalah untuk mempromosi hasil karya tersebut. Tidak ada

orang yang akan membeli buku atau ebook tersebut sekiranya mereka

tidak mengetahui kewujudannya terlebih dahulu. Oleh itu, tugas anda

sebagai penulis adalah untuk mempromosikan karya tersebut dengan

sebaik mungkin agar ia akan diketahui ramai.



10. Ulangi usaha -


Langkah terakhir di dalam menghasilkan buku dan ebook dengan cepat

adalah mengulangi semula kesemua langkah tersebut untuk buku-buku

dan ebook anda yang seterusnya. Jangan berhenti daripada berkarya!

Hasilkan lebih banyak bahan yang boleh membantu orang lain di

dalam perniagaan dan kehidupan mereka.


Begitulah 10 langkah untuk menghasilkan buku dan ebook dengan cepat.

Saya yakin yang anda juga boleh berjaya kerana langkah-langkah yang

sama telah digunakan oleh Mentor Jutawan Malaysia iaitu Azizi Ali

untuk menghasilkan banyak buku bestseller beliau.

No comments: