Saturday, August 02, 2008

tips menulis dari azizi ali

Ni saya ambil dari newsletter www.rahsiarajalelong.com

Baca juga post "Tips menjadi penulis yang berjaya" sebelum ini
http://www.perniagaan.net/wshop/viewtopic.php?t=122

---

Seperti yang telah saya janjikan tadi, di dalam ruangan ini saya ingin

berkongsi dengan anda kaedah cepat untuk menghasilkan buku atau ebook.

Maklumat ini telah saya perolehi dengan menyertai seminar

"How to Write a Bestseller in 88 Days" yang telah diberikan oleh

Mentor Jutawan Malaysia iaitu Azizi Ali.



Kaedah yang sama telah digunakan oleh beliau untuk menghasilkan lebih

daripada 30 buah buku dalam masa yang singkat.

Sekiranya anda ingin menghasilkan buku atau ebook (buku elektronik) anda

sendiri nanti, kaedah yang saya kongsikan ini amat wajar untuk anda jadikan

sebagai panduan.



Secara ringkasnya, berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan

buku/ebook anda dengan cepat:



1. Menentukan Tarikh Siap -


Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila ingin memulakan sebuah

buku atau ebook, adalah anda perlu terlebih dahulu menentukan satu tarikh

siap untuknya.



Dalam pada itu, anda perlu menganggarkan berapa lama yang anda perlukan

untuk menyiapkan buku atau ebook tersebut. Anda memerlukan satu target agar

segala usaha anda akan lebih tertumpu ke arah menyiapkan projek tersebut.



Jangkamasa untuk menyiapkan projek tersebut perlu bersesuaian dengan hasil

yang ingin anda keluarkan. Jangkamasa yang sesuai adalah dalam masa 3 bulan

sehingga setahun. Pada saya, jangkamasa satu tahun adalah terlalu lama.

Sebaik-baiknya anda cuba menyiapkannya dalam masa 3 - 6 bulan.



2. Mereka kulit depan dan belakang -


Perkara kedua adalah anda perlu menyiapkan gambaran dan ringkasan

untuk kulit depan dan belakang buku atau ebook anda. Ini akan lebih

memudahkan untuk menghasilkan buku atau ebook anda kerana ringkasan

dan cara persembahan yang anda inginkan telah anda gambarkan terlebih

dahulu. Ia juga merupakan satu cara untuk memotivasikan diri anda untuk

menyiapkan kerja dengan sebaik mungkin kerana anda sudah dapat

menggambarkan hasil akhir usaha anda.



3. Menyenaraikan bab dan tajuk-tajuk kecil -


Langkah seterusnya adalah dengan menghasilkan rangka bab dan

tajuk-tajuk kecil untuk buku anda. Ini akan membolehkan anda untuk

menyusun dan merangka penulisan buku atau ebook anda dengan

lebih baik. Rangka tersebut juga akan bertindak sebagai susunan

idea untuk karya anda. Cara ini hampir sama dengan cara yang telah

diajar kepada kita semasa di sekolah yang mana kita perlu terlebih

dahulu menghasilkan rangka isi supaya kita dapat menghasilkan

penulisan yang lebih teratur dan baik.



4. Mulakan dengan tajuk yang mudah -


Setelah menghasilkan rangka yang lengkap, anda boleh bermula

dengan menulis bab-bab atau tajuk-tajuk yang paling mudah atau

menarik untuk anda. Mulakan penulisan tajuk yang paling anda minati

kerana ini akan memudahkan anda untuk mula berkarya. Ia juga akan

menjadi sumber motivasi dan pemberi tenaga kepada anda untuk

meneruskan kepada tajuk-tajuk yang lain.



5. Teruskan ke tajuk seterusnya -


Setelah menyiapkan satu tajuk daripada buku atau ebook anda,

teruskan kepada tajuk kedua yang anda minati, dan seterusnya tajuk

ketiga yang anda minati. Lakukan usaha ini secara berterusan

sehingga buku atau ebook anda siap ditulis kesemuanya. Tidak perlu

terlalu tekun memilih tajuk seterusnya yang ingin anda tulis. Paling

penting di sini adalah anda seronok menulis bahagian-bahagian di

dalam buku atau ebook anda.



6. Semak intipati tulisan dan tatabahasa -


Apabila sudah habis menulis keseluruhan buku anda, seterusnya

anda perlu melakukan semakan ke atas cara penulisan dan tatabahasa

anda. Pastikan anda menulis dengan cara yang mudah difahami dan

tidak mengandungi kesalahan tatabahasa. Sebaik-baiknya adalah

untuk mendapatkan pertolongan orang lain untuk menyemak hasil

penulisan anda. Pada kebiasaannya, sekiranya kita menyemak

hasil penulisan kita sendiri, seringkali kita akan terlepas pandang

kesalahan dari segi penulisan dan tatabahasa.



7. Mereka format susunan -


Setelah selesai menulis dan menyemak karya anda, perkara

seterusnya yang perlu anda lakukan adalah menghasilkan lay-out

atau susunan penulisan yang akan memudahkan orang lain untuk

membaca karya anda. Ini termasuk pemilihan saiz dan jenis font,

jarak ruang di antara ayat-ayat dan susunan keseluruhan buku atau

ebook tersebut.



8. Menghasilkan buku/ebook -


Karya yang sudah siap ditulis, disemak dan diperkemaskan bolehlah

di hantar untuk diterbitkan oleh mana-mana pihak penerbit buku yang

ada di Malaysia. Sekiranya ianya akan diterbitkan di dalam format

ebook, anda bolehlah menghasilkan fail pdf karya tersebut untuk

dihantar kepada pembeli nanti.



9. Promosi -


Perkara paling utama yang sering dilupakan oleh ramai penulis buku

dan ebook adalah untuk mempromosi hasil karya tersebut. Tidak ada

orang yang akan membeli buku atau ebook tersebut sekiranya mereka

tidak mengetahui kewujudannya terlebih dahulu. Oleh itu, tugas anda

sebagai penulis adalah untuk mempromosikan karya tersebut dengan

sebaik mungkin agar ia akan diketahui ramai.



10. Ulangi usaha -


Langkah terakhir di dalam menghasilkan buku dan ebook dengan cepat

adalah mengulangi semula kesemua langkah tersebut untuk buku-buku

dan ebook anda yang seterusnya. Jangan berhenti daripada berkarya!

Hasilkan lebih banyak bahan yang boleh membantu orang lain di

dalam perniagaan dan kehidupan mereka.


Begitulah 10 langkah untuk menghasilkan buku dan ebook dengan cepat.

Saya yakin yang anda juga boleh berjaya kerana langkah-langkah yang

sama telah digunakan oleh Mentor Jutawan Malaysia iaitu Azizi Ali

untuk menghasilkan banyak buku bestseller beliau.

tips on menulis buku

original source: http://tinyurl.com/2wylp5

5 Simple Writing Strategies:

1. Set aside time every day to write. I know, you’ve heard this time and again but it’s true and it’s important. It keeps you in the habit of writing, makes your copy more interesting, professional, and focused and it ensures that your book doesn’t take ten years to finish.

2. Write conversationally. Not only is conversational writing easier to read, it’s easier to write. Simply imagine that you’re writing to a friend or family member.

3. Write for a specific amount of time, and make it reasonable. Don’t promise that you’re going to write for four hours a day unless you’re already a professional full time writer. It just isn’t reasonable. On the other hand, if you can only write for 15 minutes a day then that’s a reasonable goal. If you end up writing for more than 15 minutes then great but if not, at least you’ve met your goal.

4. Outline or plan your book. Many people groan at the thought of outlining their book. You don’t have to break it down into a 30 page detailed account of what you’re going to write. Simply draft your chapter titles and the points that you want to cover in each chapter. It will make your writing process more efficient, more focused, and more productive.

5. Write when it works best for you. Morning, noon, or night what is the best time for you to focus on your writing? Don’t assume that just because you have more time in the night that that is the best time for you to write. You could be exhausted by the time the 6:00 news rolls around and clear thought just doesn’t happen. If you’re a morning person, write in the morning and vice versa.

5 Simple Editing Strategies:

1. Take editing in stages beginning with a quick spelling and grammar check.

2. Use your software’s search and replace feature to find, and eliminate all passive verbs. Replace them with active, specific verbs. Do your best to reduce or eliminate any unnecessary adverbs (words ending in ly) Instead find specific verbs.

3. Cut all unnecessary, unfocused, copy. If it doesn’t have a specific and clear purpose to you reader, eliminate it.

4. Create transitions between paragraphs and sections. Begin each chapter with a compelling statement and end each chapter with a compelling hook.

5. Do your absolute best to make your book perfect but realize that nothing’s perfect.

5 Simple Publishing Strategies:

1. Self publish your book to make more money and get your book to market as fast as possible.

2. Make your book available in both electronic and print format, to appeal to both markets. (The ebook market is growing every day)

3. Look for a book printer that also offers design, editing, and layout services to make the publishing process fast and easy.

4. Make sure you spend time on your book’s title, table of contents, front and back cover. The book buying decision is made in less than 20 seconds and 90% of that decision comes from your books appearance and cover.

5. Don’t forget to get an ISBN number! (ISBN.org)

5 Simple Marketing Strategies:

1. Make your book available on Amazon.

2. Make sure you have a website to promote your book, reviews, testimonials, relevant articles and information, and even your speaking or appearance calendar.

3. Promote your book in every communication. Email, print, conversation, even your business cards.

4. Carry a copy of your book with you. You never know when someone is going to ask what you do for a living.

5. Write articles for publications and organizations relevant to your book’s topic. Make sure that your bio contains your name, book title, and website.

For Your FREE MP3 (Value $97.00)
‘How To Make A 6 Figure Income Writing & Publishing Your Own Book’
Go To: Writing a Book

Bob Burnham Entrepreneur, Consultant and Author of ‘101 Reasons Why You Must Write A Book’

For Information on How to Write and Publish your own book go to Expert Author : http://www.expertauthorpublishing.com
Read More On: Become a Writer

Sunday, June 29, 2008

kaizen.

time bace buku yg kisah usahwan tu.ade salah seorang tu yg bgtau yg die amalkan prinsip kaizen..then aku tgkla jap tadi kat google apakah mende tu..padehal dah puas blaja kat uitm..

kaizen is continuous improvement..toyota antara pelopor pendekatan ini..so..tiap2 ari kita kene pk camne nak improve sesuatu mende tu..termsukla diri kita..

satu masa dulu..aku mmg teringin nak tau n bace camnela jepun blh bgkit dalam tempoh yg agak singkat utk menjadi gergasi ekonomi dunia..yg aku dgr..proses transformasi tu telah di initiate by a group of young people..small group jer pun..

tapi smpai skrg pun aku tak mencari sgt dan tak menjumpai kisahnye yg sebenar..

Saturday, June 28, 2008

the secret...

tadi aku pegi cresent..bawak bos abg ju..adui..aku dah lupe name die..short term memory tul..hehe.. then time usha2 buku dalam tu..aku tertengok buku the secret..abg ju cakap buku tu mmg hard cover je ade dan mmg sgt mahal la..hehehe..

ni kire impian aku la nak beli buku ni satu ari nanti k??abg ju pun dah tgk dvd die..die cite pasal law of attraction ...ni steven pun ade cakap ari tu..azizan cakap..steven tu cdcs dan hafal sume ucp tu !!! huh..mmg powerla mamat tu..

kat cresent gak ade buku2 robert kiyosaki..anthony robbin..steven covey dll..so ..nanti if nak beli buku jgn terburu2 pegi mph @ kinokuniya terus k..usha kat cresent dulu..ari ni customer katalogbuku.com (kb) order 2 buku..satu buku aku dah lame dah bace dan satu buku aku baru start bace ari ni dan hampir abeh dah..hehehe..buku tu ialah 50 kisah usahawan wanita..

ape yg aku dapat simpulkan dari buku yg aku bace tu..tak kisah di mana kita bermula dan bagaimana pun background kite..dan kejutan besar sept keuntungan bsr (dan mgkin jugak kerugian besar) sudah pasti menggu kita..just usaha dan bertwakal la k?

petang ni aku teman ayah pegi bangi..org yg tengok tanah ari tu dah jadi nak beli tanah..ari ni aku tau sikitla pasal istilah pecah tanah..sikit sgtla baru tau..so..lepas ni..aku kene tahu sume mende dari a sampai z pasal tanah ni k..blajala dari ayah !!! if aku tak jadi biznesman yg sgt sgt berjaya pun..aku dapat gak acheive financial freedom..insyaAllah..

dan mulai ari ni aku rase aku nak try praktikkan bace buku selame 1 jam setiap ari..ni kire bukan buku akademikla..hehehe..tapi tak kisahla utk permulaan..buku pasal sima pun ok..ari bese mmg sng nak wat..sbb aku dalam train mmg 40 minit + 40 minit ... tapi time cuti agak susahla..

btw..aku ade gak usha2 sikit web2 pasal the secret ni..tapi tak bc abeh pun lagi..

http://www.oprah.com
http://www.thesecret.tv
http://www.thesecret.tv2

Tuesday, June 24, 2008

akibat bertangguh

ada 2 cerita yang ingin dikongsikan hari ini..

pertamanya, tadi aku aku baru bc blog tun dr mahathir(tdm).. ceritanya pasal kerajaan skrg yg pernah menangguhkan projek landasan keretapi berkembar yang kini disambungkan semula setelah bertahun2 ditangguhkan..

akibat daripada perbuatan yang dirasakan bijak ketika itu dengan menangguhkan projek tersebut..kos pembinaannya kini telah naik lbih kurang sekali ganda..lebih kurang rm7 billion..aku not sure figure die.nk cek balik..tak dapat akses lgi..korunk bolehla tgk sendiri di www.chedet.com k..

mana tidaknya..skrang..harga besi naik..minyak naik..dan pelbagai kos binaan lain yang telah naik..

so ..tu la nilainya..if kerajaan sekarang meneruskan projek tersebut sperti yg telah dirancang pada awalnya..berbillion ringgit duit dapat dijimatkan..melihatkan perkara ini..betapa jauhnya pemikiran tdm..

kita pun kenela cuba menjadi seorang pemikir yang berpandangan jauh...dan rasional..ok?? desmond (sima) pun cakap pasal mgt game diorang kat colmar baru2 ni yg kos bahan mentah if beli last minute mmg akan naik..tu tunjukkan kita lemah dalam membuat perancangan dengan teliti..

kisah kedua aku nak cite pasal ape yg ditulis irfan..die menceritakan tentang procastination..anthony robbin cakap ..this is silent killer.. dulu die pnah bagi satu tips iaitu membaca satu jam sehari..if time tu org yg bace (termasuklah aku) dah start wat..kini.sepatutnya dah bace lebih 90 buah buku !!!

dan utk menjadi pakar kita hanya perlu membace 100 buah buku..begitu juga dengan biznes..if dah mula secepat mgkin..ia sgt berbeza dengan pengguhan yang kita wat sehingga bertahun2.. begitu juga dengan amalan2 yg lain..

Saturday, June 21, 2008

betapa mereka telah kehadapan

tadi aku tgk blog yg aku mmg dah berbulan gakla bookmark.. http://fatehulkashfia.blogspot.com ..

bile melihatkan blog ni..cara die berfikir..cara die mengatur setiap patah perkataan..bahasa inggeris yg digunakannya.. mmg aku kagum..

yerla..kagum sbb aku tidaklah sampai ke tahap itu lagi..dan pastinya mengambil masa yang sgt lama utk capai ke tahp macam tu..bile bc die tulis pun agak best sbb die macam agak sederhana dalam cara berfkir..

tapi die bukanlah sempurna..yerla..sapelah yang sempurna di atas muka bumi ini..tapi dia hampir sempurna berdasarkan penilaian peribadi yang aku gariskan :)

bile aku tgk lagi satu blog iaitu http://www.yussamir.com pun serupa gak..tgk die mmg dah sgt advance berbanding aku..padahal die tu junior aku time skull.tapi die bkan pure dari smka pedasla..tu pasal bdaya negatif dari smka pedas tak melekat pade die..n tula die nampak outstanding..

pernah aku terbace blog die..projek company die..mmg untung ribuan ringgit dan biznes tu mmg sgt technical dan advance..aku pun tak paham sgt..tgk ape yg die sdg buat pun dapat tau yg die multitaskin dan of course jauh lagi berjaya dari aku..

yg terbaru aku tgk..die cakap nak smbung menulis buku..baru balik dari singapore bersama rakan2 dan aktif berpesatuan..5 buku sdg ditunggu die nak baca..hurm..aku satu buku pun liat nak consistent..

utk diriku..aku akan terus begini jika aku masih melakukan perkara2 yg sama setiap ari..masih buang mase slalu..macam hari ni..huhuhu..

selamat datang semua :)

assalamualaikum semua..

selamat datang ke blog rasmi utk aku ...aku assume yg datang n visit blog ni sumelah rakan2 aku..rite? di sini awal2 aku nak mintak maaf jika ada yang terguris dengan isi blog ni sbb semuanya adlah pandangan dan pendapat peribadi aku jer..

mstila tiada satu pendapat yang dipersetujui oleh semua orang kan? tidak salah berbeza pendapat n janganlah pula jadikan ia alasan utk kite berpecah..

okla..if rase blog ni ada manfaatnya..sila2lah datang selalu..:)

p/s:jika ada masa terluang..tinggal2kanlah comment yer..huhuhu